Jabatan Sains Nautika & Pengangkutan Maritim

Pengenalan

Program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim) ditawarkan oleh Jabatan Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim di bawah Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM). FMSM ditubuhkan pada 15 Jun 2006. Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dari segi teori dan aplikasinya dalam bidang Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim.

Fungsi

  • Menawarkan program Ijazah Sarjana Sains (Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim) yang memfokuskan bidang pengajian Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim kepada penggunaan teknologi, proses dalam teknologi dan sistem dalam pengangkutan yang digunakan di perairan.

Program yang ditawarkan

  1. Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)

Keterangan Program

1. Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)

Program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) merupakan program sarjana muda yang pertama ditawarkan di Universiti tempatan. Sains nautika adalah satu bidang kepakaran yang berurusan dengan organisasi, operasi dan pengendalian kapal secara komersil. Program ini melahirkan graduan dengan kemahiran pelayaran dan perkapalan yang menjurus sebagai pegawai dek navigasi. Selain itu, program ini juga berkait rapat dengan kerja-kerja di bahagian pengurusan dan pentadbiran pelabuhan. Bidang sains nautika memberi penumpuan khusus meliputi Ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian kargo dan kapal, peralatan komunikasi,     kerja–kerja  carta dan pengawasan, meteorologi serta undang-undang dalam bidang maritim untuk diaplikasikan semasa berada di atas kapal.

Kelayakan Masuk

a)         Syarat Am Kemasukan Universiti

  1. Lulus SPM / setaraf dengan baik.
  2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM / setaraf.
  3. Mengambil Malaysian University English Test (MUET).
  4. Lulus dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Pengajian Am / Kertas Am, dan Gred C dalam dua (2) mata pelajaran lain.

atau

Mempunyai kelulusan Diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

atau

Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

b)         Syarat Khas Program

a) Kelayakan Minimum Calon STPM

i.          Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran matematik atau fizik pada peringkat STPM.

ii.         Kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM atau Gred C (NGMP 2.00) dalam Matematik di peringkat STPM.

iii.       Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

b)            Kelayakan Setaraf Matrikulasi, diploma, Sijil (COC) dan lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Senat.

c)             Tidak rabun warna dan sihat mental serta fizikal.

Alamat

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

Jabatan Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim
Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA
Tel   : +609-6683149
Faks: +609-6683193

Skema Program Sarjana Muda Sains (Sains nautika & Pengangkutan Maritim)

SKEMA SARJANA MUDA SAINS (SAINS NAUTIKA DAN PENGANGKUTAN MARITIM) Semester 1 Jam Kredit Semester 2 Jam Kredit SOC 2000 Tamadun Islam dan Asia 2 (2+0) SOC 2002 Kenegaraan Malaysia 3 (3+0) MNS 3101 Kepelautan(seamanship) 3 (2+1) ECS 3100 Gayacara Pemikiran Ekonomi 3 (3+0) MMM 3401 Prinsip Pengurusan Maritim 3 (3+0) MGM 3103 Asas keusahawanan 3 …

View page »